Candy Cupcake
Aku hanyalah manusia biasa yang tanpa henti melakukan dosa. Cukuplah Allah saja yang mengetahui niat aku. Tak perlulah kau nak tahu. Doakan aku ketika roh sudah meninggalkan bumi. Jaga ikhtilat. Berusaha menjadi mukminah solehah. إ ن شاء الله ♥
Sahabat
Sunday, 3 February 2013 | 01:38 | 0 candies
Assalamualaikum hamba hamba Allah semua. Tadi pergi google kejap ingat nak cari kata kata pedoman buat diri sendiri, then terjumpa pulak dengan benda alah ni. Aku harap dalam banyak banyak kawan  aku, aku ada kawan yang macam ni. Tak ramai pun paling kurang satu dan Alhamdulillah aku memang ada kawan yang macam ni. Syukran ya Allah :')

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat
kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.
Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan kawan kawan yang aku ada sekarang. Yang sentiasa mengajak aku melakukan perkara yang menuju ke jalan Jannah, yang  mengajar aku tentang erti persahabatan, yang sentiasa ada dikala aku suka dan duka, yang prihatin dengan diri aku, yang mengajar aku tentang erti penghijrahan, yang sentiasa berkongsi ilmu dengan aku, yang selalu ada untuk mendengar masalah aku dan banyak lagi sebenarnya, tak tertulis aku kalau nak list satu per satu. Tapi terima kasih kawan kerana sudi jadi kawan aku, terima kasih kerana berjaya mengajak aku menjadi insan yang berjaya, berguna, yang ingin mencari redha dan cinta Allah bersama sama dengan korang semua :'D
Uhibbuki Fillah <3