Candy Cupcake
Aku hanyalah manusia biasa yang tanpa henti melakukan dosa. Cukuplah Allah saja yang mengetahui niat aku. Tak perlulah kau nak tahu. Doakan aku ketika roh sudah meninggalkan bumi. Jaga ikhtilat. Berusaha menjadi mukminah solehah. إ ن شاء الله ♥
Story behind the result
Saturday, 5 January 2013 | 06:30 | 0 candies
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Yayyy syukur alhamdulillah hari ni masih lagi diberi peluang untuk bernafas dekat bumi ciptaan Allah ni. Hari ni nak dengar cerita apa anak anak?! "cerita hantuuuuuuuuuu" ~ no no no no no *geleng-geleng telunjuk* Jeng jeng jeng

Hari ni kita semua baca pasal result sayaaa! excited tak? Hhehe, first sekali syukur alhamdulillah tiqah lulus PMR :') walaupun tak dapat 8A but i still feel happy with it.  Ececeh bocor rahsia terbesar aku tak dapat 8A. Mesti ada orang cakap atau fikir "apa nak bangganya, bukannya dapat 8A" takpelah dengan tu semua btw ada haku kesah :b I should proud with my result sebab tu semua atas hasil usaha aku sendiri yang dah struggle selama satu tahun ni. Sepatutnya dah start dari form 1 dulu, tapi dulu banyak main main je sampailah final exam, tiqah failed! so saddd :'( then turun kelas, dari nombor 2 ke nombor 3. Mak tau je yang tiqah dah turun kelas mak cakap macam ni "mak taktau, mak tau time form 3 balik kau naik je balik kelas Nova tu" okay okay, my mistake tak belajar, seronok tak ingat dunia tapi time form 2 dulu pun takdalah belajar pun dengan ponteng kelas dialah, tak buat krja sekolah lah *hanya untuk subjek tertentu* muehehe. Tapi alhamdulillah i do my best time final exam waktu form 2 dulu lepastu time form 3 macam tak sangka je dapat masuk kelas Nova balik. The most imporatant is my mom was so happy with that :'*

Time form 3 nilah baru betul-betul belajar, homework semua siap! EH? macam tak percaya je tauuu. Lagipun time tu tiqah duduk sebelah miza. Miza kawan yang paling rapat dengan tiqah. Dia ni kalau nampak tiqah main-main ke atau result tiqah down ke nanti mesti dia bebel, dia tegur, dia marah, dia bimbing tiqah untuk terus belajar belajar belajar belajar dan belajar supaya kitorang boleh success sama-sama. Dia yang selalu ajar tiqah math bila tiqah tak paham, asalkan dia je yang ajar mesti terus paham, caiyyalahhh miza!

Okay belajar belajar belajar punya belajar tibalah hari PMR! yayyyyyy. Rasanya time tu ntah macam apa je jawab paper time tu especially paper English, rasanya macam budak tadika punya karangn je. Time jawab paper Math apatah lagi, ya Allah math paper 1 yang paling tak menahan, boleh dikatakan 90%  tiqah tibai. Sungguh tak lawak langsung! -,- nasib baik boleh cover dengan paper 2, time tu dengan sungguh bersungguh-sungguh tiqah jawab, sampai berlubang lubang kertas iolls tau. Mesti pemeriksa tu nampak kesungguhan iolls. Hiuhiuwhiuw. Errr krik krik...
Tunggu punya tunggu akhirnya datang jugak hari result PMR keluar, tiqah and the geng kitorang kenakan tema 'Datin' youu. Semua orang pakai jubah hitam di tengah-tengah panas terik dunia, wah sungguh BERsastera ayat gue xD
Seriously, tak sedih langsung bila tak dengar nama tiqah dekat dalam nama-nama budak 8A sebab tiqah tak pernah target untuk dapat 8A pun. Hanya buat mana yang termampu je. Tapi tu bukan yang TERbaik tiqah pernah buat. Tak ada istilah TERbaik tu pun, sebab lepas kita buat yang terbaik lepastu kita mesti tingkatkan lagi prestasi, mutu, kualiti  agar jadi yang lebih terbaik.

a quote, best quote, best quotes, english

Alhamdulillah, tak pernah ku sangka yang result tiqah hanya ada A dengan B je. Hhehe, syukur ya Allah ~ tiqah dapat 4A 4B. Apa yang A, apa yang B tu semua rahsia lewwww, mana boleh kasitauu dekat uolls. Yang paling tak ku sangka- sangka yang Math tiqah B. Lllalalala ~ tiqah ingatkan C ke apa ke. Pergi dekat ayah siap nari-nari lagi macam dalam cerita P.Ramlee tu, excited punya cerita math dapat B :'D
Tapi bila balik rumah mak pun tumpang gembira jugak, tapi dia ada jugak cakap dekat tiqah, "haa sebenarnya boleh lagi tu, cuma kau punya M tu je yang besar sangat, kau bukan  tak pandai, pandai. Tak belajar sangat pun kau boleh dapat result macam ni, cuba kau usaha lebih sikit mesti boleh dapat lebih bagus." Rasanya time UPSR dulu pun mak cakap macam ni jugak. Bila difikir-fikirkan balik, rasa menyesal pun ada tapi takpelah dah tu je takat usaha kau, tu lah yang kau dapat tiqah.
inspirational, life, love, pretty, quotes
I am proud of my effort. Nothing perfect. Learn to be grateful person.

Start from the beginning if you want to success in future. This is what i learn form my past. In shaa Allah i'll change my behavior. Pray for me :')