Happy Birthdayyyy
Assalamualaikum! Hello hello Nurul Izzati Binti Kamal Ariffin. Hari ini aku kawan kau yang paling ringan tulang dan directioner nak wish kau Sanah Helwah yang ke-15 sayanggg! :'* yayyy syukur alhamdulillah zati dah besar sekarang ni. Well actually, aku TERdelete post yang aku buat berkurun dahulu. Ecehh berkurun youu, so i make new one! but this one dah masuk tahun 2013, so kau anggap jelah yang ni macam tahun 2012 punya eh. Jeng jeng jeng ....
First, aku nak cakap yang kita dah 6 tahun kita berkwan you know! va va voom sikit, since dari darjah 5 sampailah ke form 4 ni ha. Tapi waktu time dekat sekolah rendah dulu manalah nak rapat sangat dengan kau kan. Orangnya sombong katanya. EH? bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Mean, time sekolah rendah dulu aku tak kenal kau sangat le, tak suka pun ada jugak sebenarnya tapi bila dah masuk sekolah menengah terus aku jatuh cinta padamuuu! eciyyahh. Terharu tak? duduk satu kelas, meja depan belakang baru aku kenal siapa zati totoi.
Zati, dari lubuk hati yang paling dalam ingin ku luahkan isi perutku padamu. Hhehe, takdalah ni nak cakap yang aku sebenarnya memang suka berkawan dengan kau. Kau baik, kau tegur dengan baik bila aku buat salah, kau rajin, tulisan kau pun lawa, kau kawan yang pernah aku kenal yang paling kuat menangis, yang kuat makan ayam goreng, yang taktahuu nak melintas jalan. Aku tak boleh bayangkan kau melintas seorang diri tanpa aku disisi mu, mesti kau dah menangis punyalah. Hhoho, perasan tak ingat dunia aku ni, yayayaya aku ingat lagi yang aku selalu mintak duit dekat kau tapi kau bagi je. Eh, kau tak sayang ke dekat duit tu? *dah berkurun punya cerita baru nak tanya*
Zati aku harap sangat kau boleh nyanyikan untuk aku semua lagu One Direction. Terutama sekali lagu More Than This yang part Zayn Malik tu. Oh Gosh! mesti tak lena aku dengar suara emas kau yang merdu tu. Tu kan janji kau dekat aku, agak-agak bilalah kan aku boleh dengar kau nyanyi untuk aku. Tunggu aku dah beranak lima agaknya kot baru boleh dengar. Hmm. Zati nak tau tak yang aku rinduuuuuuu sangat-sangat time kita form 1 dulu, aku harap sangat yang aku boleh reverse kan balik waktu tu. Time tu gelak sama-sama, boleh dikatakan sepanjang masa, sepanjang waktu, sepanjang hari kita gelak je, time tu kita semua pro buat lawak bodoh antarabangsa, rehat pun sama-sama jugak. Aku makan makanan kau, kau makan makanan aku. Eh?
Ya Allah rindu sangat ^^
Aku harap persahabatan kita ni diredhaiNya. Semoga persahabatan ni berkekalan till jannah. In shaa Allah, Aminnnn. Aku harap semoga kau akan jadi muslimah yang diredhai oleh Allah, di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, mendapat keberkatan dalam hidup kau, berjaya dalam hidup. Goodluck for SPM nanti ye :') aku bangga sangat dengan result PMR kau haritu, 8A youu! Tahniah, finally segala usaha kau selama 3 tahun dah terbalas. 3 tahun? seriously? kau dah struggle selama 3 tahun? double wow!

Jom jadi macam ni. Walaupun aku jarang cakap "zati i love youu" "zati saranghae" "zati saya sayang awak" tapi dalam dalam dalam hati ada taman rama-rama youu. Ungkapan sayang tu tak perlu diucapakan pun kan sebenarnya, darp perlakuan orang tu je kita dah boleh tahu yang dia sememangnya sayang dekat kita. Sebagai contoh, aku teman kau melintas jalan, tu tanda aku sayang dekat kau lettuw. Aku taknak kau kena langgar kereta, aku kan sayangg dekat kau mana sanggup nak tengok kau terlantar dekat hospital. Allahu mohon dijauhkan ye :'(
In shaa Allah bila aku teringat nanti aku belanja kau ayam gowenggg hokeng?! zati kekadang aku tak paham jugak dengan kau, kenapa kau kekadang macam terlebih lebih lebih emosinya, kekadang happy, kekadang moody. Ishhh. Harap kau kuatkan hati, tabahkan iman ye sayangg. Selalu lah senyum senyum tu awakkan ayu orangnya, kalau senyum berdouble double ayunya nanti. Hhehe. Senyum tu awet muda, jimat duit tak payah beli jamu mak dara mahal mahal tu, bijak tak? :'B
Ni gambar kenangan 2012 aku dengan kau. Huh, tak sweet langsung bunyi dia, tukar ah Kau & Aku. Time
ni hari Jumaat, waktu petang. Celebrate birthday girl, kau lettuw. bawak cupcake dekat tangan lepas tu celet krim dekat pipi aku. Ouh so sweeeeeeeeeet ~ manjanya zati, nak bergurau gurau pulak dengan titeww :'p lepastu kita pun buat drama kejar-mengejar macam drama hindustan. I celet you celet me ~ llalalalala.

Ingat lagi tak time kita form 2 dulu, rasanya time tu dah last year dah, dah tak belajar pun. Asyik main tangkap-tangkap gambar je. Time tu kita semua lepak dekat kelas 2 Nova, ramai jugak yang bawak lappy diorang. Well apa boleh buat, kita je yang asyik conquer lappy diorang nak ambik gambar family KATAK's. Waktu macam-macam ragam ada. Gaya dia macam nak ambik gambar family macam zaman dulu- dulu je. Hhaha, lawak kot bila aku fikirkan balik. Macam mana kita conquer lappy Ain kalau tak salah aku. Tangkap gambar banyak- banyak kali. Annoying gila rasanya ~ aku, kau, miza, fana semua dah get ready duduk dekat kerusi, lepastu nanti lynda tekan button capture lepastu lari-lari duduk dekat kita semua dengan pose yang tak menahan, muka masing- masing semuanya suci. Perasan comel katanya ~ llolololo. Rinduu dengan suasana macam tu.

So, aku harap kita boleh create balik kenangan-kenangan macam dulu lagi. Aku sayang kau <3 lillahi ta'ala. Aku sayang KATAK's family. Eh? dah lama tak pakai bahasa katak kan. Rinduu je, dulu kalau nak bergossip pakai bahasa katak. Hhaha, bahasa rahsia kononnya orang tak paham :b
Bismillahirrahmanirrahim, saya SAYANG awak semua ikhlas lillahi ta'ala. Bestfriends forever till jannah. In shaa Allah. Korang semua selalu berada dalam du'a aku. Semoga kita sama-sama mencari cinta dan redha Allah, sama-sama berjuang untuk menjadi muslimah yang dilindungi dan dicintai Allah. Allahuma Amin. I Miss Youu Guys :'*