Sahabat
Assalamualaikum hamba hamba Allah semua. Tadi pergi google kejap ingat nak cari kata kata pedoman buat diri sendiri, then terjumpa pulak dengan benda alah ni. Aku harap dalam banyak banyak kawan aku, aku ada kawan yang macam ni. Tak ramai pun paling kurang satu dan Alhamdulillah aku memang ada kawan yang macam ni. Syukran ya Allah :')
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat
kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.
Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan kawan kawan yang aku ada sekarang. Yang sentiasa mengajak aku melakukan perkara yang menuju ke jalan Jannah, yang mengajar aku tentang erti persahabatan, yang sentiasa ada dikala aku suka dan duka, yang prihatin dengan diri aku, yang mengajar aku tentang erti penghijrahan, yang sentiasa berkongsi ilmu dengan aku, yang selalu ada untuk mendengar masalah aku dan banyak lagi sebenarnya, tak tertulis aku kalau nak list satu per satu. Tapi terima kasih kawan kerana sudi jadi kawan aku, terima kasih kerana berjaya mengajak aku menjadi insan yang berjaya, berguna, yang ingin mencari redha dan cinta Allah bersama sama dengan korang semua :'D
Uhibbuki Fillah <3
Aku, berangan & zaman kecil
Asslamualaikum wbt korang! woooooooooo *angkat angkat tangan buat wave* since sekolah dah bukak aku jadi makin busy as a bee, kalau nak ukur tahap kesibukan aku dengan lebah tu, aku menang tau. ya ampun busy tak terkata kauuu dan since aku masuk form 4 ni, tak rasa pun lagi apa yang menarik, kawan kawan otak geliga semua dah pindah, duduk dalam kelas Lukisan Kejuruteraan, budak-budak dalam kelas 24 orang je. hmmm memang hidup dalam dunia yang sunyi dan fana. Bosannnnnnnnnnnnnnnnnn ~
Actually tadi siang punya cerita lah ni, lepas lunch tadi duduk duduk jap dekat kerusi rotan tu dengan abang aku, cehh semua nak curi tulang malas nak buat kerja lepas makan. hampehh je. baling kerusi kayu meja makan tu kang hilang gusi. wohohoho *gangster pedas* burak burak burak, tetibe je masuk pulak nama sorang aktor Bollywood ni. burak dia macam ni.
Abang: wei tiqah sapa nama pelakon tu, Ashkay Kumar eh?
Aku: Akshay kumar ah. kenapa?
Abang: Badan dia macam aku kan
Aku: Haa yelaaaaa *malas nak layan* # IniSemuaPoyo
Tetibe je masuk simpang, tukar cerita pulak. memang dasar sesat kalau bercerita tak pernah tetap pada yang satu, seenak rasa je nak tukar. cehhhh emosi! Poyo poyo poyo poyo xD
Abang: wei cuba kau bayangkan kalau pakcik kau yang dekat india tu kan Aamir Khan.
Aku: Haah, perghhh best gile kott, kalau cam tu, pastuh kan Shahid Kapoor pun jadi pakcik aku jugak. i ken
fen, i ken fen, i ken fengsannn ~ mesti best kan bangg. lepas tu kan cuba kau bayang kan yang atuk kita, tu ada kilang karpet *balik balik kilang karpet* ada banglo tingkat tingkat, kereta lamborghini, ferrari, mercedes, audi *kereta semua taknak kalah* lepastu kan semua harta dia, dia wariskan dekat cucu kedua bongsu dia, iaitu aku. muahahaha. tamak wei tamak. jangan ikut perangai aku ni, burok bebenau.
Abang: Erk? apa bongok na kau ni, takde kejadahnya de dia nak bagi kau! kenal pun tidak.
Aku: tsk tsk tsk. sad so sedih. kenapa dia tak kenal aku?! kalau dia tak kenal aku maknanya dia tak kenal kau jugaklah. HHAHAHA
Abang: Memanglaaaaaa, apa masalah kau ni?
Aku: *okey malu* senyap..... bangun, terus pergi basuh pinggan. Zzzzzzzzzzz
Okey korang yang baca ni pun, mesti rasa macam nak hempuk aku pakai kepala Baby AA kan, upssssss. Menyampahnya petala ke-8 pun tak cukup lagi rasanya. Aku rasa kan bila dah besar nanti, aku nak cari balik ah family family tree aku yang dah hilang ditelan sempadan tu. In shaa Allah ye :-B
Well actually, aku adik beradik kalau gathered sama sama dekat ruang tamu tu, selalu cite pasal ni, hohoho then berangan taknak kalah semuanya terutama sekali aku, kalau dapat offer job jadi pengarah/ penulis skrip . sah cerita aku mesti meleTOP va va voom. kitorang selalu jugak cerita pasal silly funny things, time zaman kecik kecik dulu and macam macam lagi ah. tulah kenangan dulu kalau cerita balik time dah besar ni, kau orang punya gelak memang rasa macam nak pecah usus je. katanyeeeeee ;p
Ni pendapat aku lah ye, aku rasakan kalau time kecik kecik biarlah kita nakal, supaya bila dah besar panjang nanti ada jugak cerita time zaman kecik kecik dulu, yang korang boleh recall balik pastu gelak sampai meleh air liur. rasanya kalau tak cakap pun memasing memang nakal nauzubillah. rasanya mak mak yang penuh kesabaran je boleh bela anak anak yang nakal dengan jayanya. aku dulu membesar dengan abang abang aku, so banyak sangat kenangan aku dengan diorang semua dari part pergi ngaji, naik basikal main zombi zombi. otak otak otak otak otak otakkkkkkkkkk aku nak otakkkk, mmm annoyingnyaa. main panjang galah, main rondes. pukul bola sampai masuk beranda rumah orang bagai. perhimpunan rotan bulanan. yang ni benda yang aku paling tak boleh lupakan sekali, setiap bulan kitorang kena rotan sebab nakal sangat. orang cakap main sampai pukul 6 petang, dia pergi tibai sampai pukul 7. kena halau keluar rumah sebab gaduh. gangster kan kitorang dulu siap kena halau lagi, muohoho, bapak i dulu gawrangg sikit. perangai aku pun boleh kata, ganas macam diorang jugak. setakat main tumbuk tumbuk dekat lengan main wrestling wrestling tu macam takde pape pun. kawaiiiiiiiiiiiiii ayat dia EEEEEEEEEEEE nyampahnyee :d

Yaa we love each other walaupun kitorang selalu gaduh
Time dulu dulu abang aku selalu kena mengalah dengan aku, yelahhh aku kan anak bongsu time tu. harus le kau mengalah ye bang ;b aku nak bantal, kau kena kasi bantal kau, kalau tak bagi nanti aku memekak masuk bilik kau nak bantal, pastu nanti angah suruh kau bagi jugak bantal tu.hahaha, padan muka mung. motif? hhehehe dulu aku kan budak penakut sikti, so memalam aku pikir nanti ada pontianak naik dekat atas katil aku, then kononnya bantal tu macam bentenglah pastu nanti pontianak tu jatuh sebab dia berat sangat. erk?! krik krik krik .......

Muka masing masing sejibik macam ni, taknak mengalah. Errr...
Muka seposen aku bila kena buli dengan abang abang aku. Hmm
Aku sendiri taktau kenapa dari dulu sampai sekarang bilik aku TERsangat femes sampai abang abang aku ni suka sangat masuk, buat selerak, golek golek macam ayam atas katil aku, sembang sembang then blahhhhh macam tu je. memang sangat tak berperikemanusiaan betul! then nanti mak aku datang, marah marah dekat aku sebab bilik berselerak padahal tu semua salah diorang! ini tidak adil tidak adil bagikuuuuuuuuuuu ~ *petik gitar nyanyi lagu yuna*